Monday 30 November 2015

SARAWAK BLACK DEATH FEST 2015 GIG REVIEW 2015



DATE


:


28.11.2015
TIME
:
1:00 p.m. – 6:00 p.m.
VENUE
:
KTV APOLLO, Sibu, Sarawak
ORANISED BY
:
MUKAH METAL LEGIONS



Panassss!!!! Terbaikk!!!! All Hailll everybody. Bertemu sekali lagi kita di dalam siri kali ini. Ruangan kali ini adalah untuk kupasan SARAWAK BLACK DEATH FEST 2015 yang telah dianjurkan di APOLLO KTV, Sibu anjuran MUKAH METAL LEGIONS dan disokong oleh label GOWHYTOWN & SIBU EXTREME MUSIC. Acara ini adalah kemuncak bagi penggemar mat-mat metal satu Sarawak khususnya di Sibu kerana sudah lama peminat peminat setia headbanger dahagakan aura hitam seperti acara sebegini.

Pada 27.11.2015 tepat pada jam 4:00 pagi, saya bersama saudara Brad Matt & ahli2 band KEBES bertolak dari Kuching menuju ke Sibu  dan sampai di destinasi pada jam lebih kurang 1:15 petang, terus check in di Capital 99 Hotel tidak jauh dari venue.


Hari gig 28.11.2015
Saya bergerak ke venue pada jam lebih kurang pukul 1:30 petang selepas kesukaran mencari tempat parkir, saya disambut oleh saudara Adi Herman kebetulan menjadi vendor di venue pada hari tersebut, bersama teman2 se metal yang lain nya, lalu merembat beberapa patches lelongan GATOR, juga menjadi vendor pada hari tersebut. Di situ saya sempat berbual sekejap bersama frontman band death metal dari Daro jajahan wilayah Unholy Triangle iaitu UNHOLY SIN, iaitu saudara Kumar, yang mana beliau memaklumkan band terpaksa menarik diri di saat akhir kerana ada ralat kematian ahli keluarga guitarist band tersebut, salam takziah saya ucapkan. Ini baru contoh otai terbaikk!! Beliau agak frust namun datang untuk memberi support pada hari tersebut. Saya masuk ke venue, pintu dikawal ketat oleh ahli ahli dari Sibu Extreme Music, lalu diseru oleh saudara Dellz untuk masuk ke venue kerana acara akan bermula sebentar sahaja lagi.

TULAH 

Acara digelapkan dengan kemasukan band TULAH dari Tabuan Dayak, Kuching. Dibarisi Goatz, Bazard & HellStorm, mereka adalah sebuah band yang bertunjangkan pure Black Metal, sebuah band yang baru sahaja ditubuhkan dan tidak pernah mendapat jemputan untuk beraksi di mana mana sirkit gig di Sarawak.  Mana Dellz jumpa ini band aku pun tidak tau. Setlist mereka dimulakan dengan hymn sendiri iaitu Darkness Is Thy Light, mat –mat metal yang dari tadi menunggu seolah olah kelaparan meluru ke depan headbanging dengan hymn yang terhidang. Walaupun hanya 3 piece band, agak tight juga persembahan mereka, bunyi sedap dan sekata. Ini baru pure evil. Acara mereka diteruskan dengan lagu sendiri iaitu Cursed ov the Damned, di dalam bahasa ibunda bermaksud tulah, juga hymn nukilan sendiri mereka. Growl dari Goatz amat menyeramkan menghidupkan suasana pada hari tersebut. Ditambah dengan set seterusnya juga hymn sendiri iaitu Thy Glory of Satan. Mat mat metal terus asyik menghayunkan kepala, maklumlah, sudah lama tidak ada acara seperti ini di Sibu. Persembahan pengakhiran TULAH diteruskan dengan sebuah cover dari Bathory iaitu Satan My Master. Overall memang mantap band ini, 3 piece sahaja mampu menjana total darkness sebagai mukadimah acara. Hebat, wa tabik lu orang bro, diharapkan mereka mengeluarkan sesuatu material di masa akan datang. Keep it up, satan!!

DEADLY EPIDEMIC

Seterusnya, DEADLY EPIDEMIC diseru ke pentas untuk beraksi. Ini adalah muka-muka baru yang diketengahkan oleh saudara Dellz untuk menyambung tradisi pahlawan - pahlawan metal di Sarawak, band ini berasal dari Song, Kapit dan mempunyai ahli-ahli yang muda, ya ini adalah new blood in the scene ready to take over the world when maturity strikes. Saya pada mulanya menganggap mereka adalah sebuah band metalcore, tetapi jangkaan saya silap. Ini adalah reawakening untuk Death Metal. Mereka terus mengganas dengan lagu pertama iaitu sebuah cover dari Intestine Baalism dengan lagu Blasphemy Ressurected. Growl saudara Donovan selaku frontman agak cocok dengan lagu lagu sebegini. Para penonton yang tadinya agak pessimist mula mengangguk kepala tanda respect. Drummer masih muda & molek tetapi mempunyai pukulan dan stroke yang confident. Ternyata band ini sudah bersedia dengan acara ini. Mereka meneruskan lagi dengan lagu cover dari Sepultura iaitu Embrionic Cell, penonton mula membanjiri bahagian hadapan pentas untuk banging dan moshing. Lagu lagu cover dari Evocation – Razored to the Bone & Terrorizer – Fear of Napalm menjadi penutup untuk acara mereka pada hari tersebut. Amat bagus juga persembahan mereka untuk pertama kali beraksi di pentas sebegini. Saranan saya agar mereka mengeluarkan sesuatu material sendiri dan lebih original, sejujurnya mereka boleh pergi jauh, mungkin sesuai dengan konsep melo death metal, itu pandangan peribadi saya.  Apa pun bravo DEADLY EPIDEMIC!! 

NERAIZZ

Next, from Kuching with Grind, ini lah Napalm Death Sarawak, tidak keterlaluan kalau saya membuat perbandingan, band NERAIZZ adalah sebuah surviving band grindcore di Sarawak selepas era Vormit, mereka adalah kesinambungan grind band yang ada. Ini kali kedua saya menyaksikan mereka beraksi selepas Mukah Metal Legions II pada Februari, 2015 yang lepas, ternyata mereka tidak mengecewakan. Pada saya mereka adalah Nuclear Energy. Berasal dari Kuching, Sarawak, mereka memulakan amukan dengan lagu-lagu sendiri seperti Sawan, Stink Kill, Shoot to Kill. Scream dari saudara Abib ditambah dengan tenaga padu dari saudara Hatta menghangatkan suasana, seolah olah menyaksikan Barney Greenway bersama rakan rakan di atas pentas, bezanya frontman mereka ini agak cute dan jambu wkakakakakakaka. Blast Beast berdentum tidak putus putus dari saudara Harry Grindhead memenuhi ruang yang ada di dalam venue pada hari tersebut. Anak- anak muda banging bersama mereka, ditambah dengan Murder intent, Fuck the extreme, Kill to kill semuanya nukilan sendiri dipersembahkan dengan brutal & no mercy. Saya agak terpukau juga dengan solo dari saudara Hatta, ternyata pengalaman beraksi sebelum ini memberi kelebihan kepada mereka. Mereka akhiri dengan lagu cover dari Napalm Death – Scum dan Sepultura - Troop of Doom membuatkan penonton memenuhi pentas banging & sing along bersama mereka. Fuhh, sukses!! hebat band ini, diharap mereka juga segera mengeluarkan material untuk santapan peminat-peminat yang ada. This is the new GrindMaster, hail NERAIZZ!! Semoga bertemu lagi di sirkit yang akan datang.

DIRE CROWN

Dari grindcore, kini gelanggang beralih kepada aliran Thrash Metal. DIRE CROWN, sebuah band dari Miri diseru untuk menggelapkan pentas SARAWAK BLACK DEATH FEST 2015. Sejujurnya saya tidak pernah dengar tentang band ini kerana irama metal yang sebegini kebanyakkan dipelopori oleh metalheads dari Sibu & Kuching, tetapi tidak pernah kedengaran dari bahagian Miri. Ini adalah penyertaan sulung untuk band underground dari Miri berkonsepkan Death/Thrash Metal, tetapi kedengaran lebih terarah kapada thrash metal. Mereka telah pun mengeluarkan self-titled E.P. sulung mereka pada Oktober 2014 yang lepas. Diketuai oleh saudara Manfred selaku bassist band, mereka memulakan dengan lagu dari E.P. mereka iaitu REVENGE. Mat-mat metal jenuh melayan lagu mereka sambil mengangguk kepala, yang mana pada saya, lebih kepada Metallica + Cromok ataupun NEVERMORE bercorak 80’s thrash metal. Seterusnya mereka meneruskan dengan serangan lagu yang agak speed iaitu ARCED HERESY. Penonton yang dari tadi cuba untuk memahami nampaknya sudah menghayunkan kepala melayan thrash beat mereka sesekali shredding daripada saudara Rudy memukau penonton di hadapan pentas. Riff-riff yang menarik menjadi kelebihan kepada band ini. Lagu ketiga berjudul (RED)VOLUTION II dipersembahkan kepada peminat thrash metal yang sudah mula mengikut rentak banging bersama lagu mereka. Akhir sekali, lagu cover CREEPING DEATH dari Metallica dimainkan untuk peminat sebagai mengakhiri persembahan mereka. Kelihatan mereka yang di luar menerjah kehadapan pentas untuk headbanging dan sing along bersama mereka sambil membuat tumbukan udara. Nampaknya mereka ini sudah pernah beraksi sebelum ini namun tidak pernah kelihatan menghiasi flyer – flyer gig. Diharap mereka mendapat jemputan untuk acara seumpama ini di gig-gig yang akan datang. Syabas DIRE CROWN, see you again soon.

KAFAN OV AZAZIL

KAFAN OV AZAZIL kini bersedia untuk menjajah pentas. Sinar kegelapan kini kembali. Dibarisi 4 orang perwira dan seorang srikandi neraka bersedia untuk memukau para hadirin. Ritual dimulakan dengan lagu sendiri daripada material mereka iaitu Morloc. Acara diteruskan lagi dengan hell is here juga nukilan sendiri. Apa yang saya suka dengan band ini adalah, mereka bijak mengawal sound instrument mereka yang tidak begitu bingit, semuanya sedap didengar, memang pure evil. Diketuai oleh tulang belakang band ini iaitu saudara Didii menggamatkan venue dengan lagu cover dari Old Man’s Child iaitu Demoniacal Possession. Peminat-peminat black metal membanjiri pentas headbanging ditambah asap dried ice daripada fog machine  menyuramkan suasana venue. Lagu Judgment Day menjadi persembahan ke 3 mereka sebelum sebuah lagu cover the Phantom of the Opera menjadi penutup kepada kegilaan K.O.A pada petang itu. Ternyata, mereka amat berbaloi untuk dibawa ke Sibu untuk siri gig kali ini, kerana mendapat reception yang baik daripada metalheads tempatan. Sila dapatkan E.P. mereka kerana ianya sesuatu yang berbaloi untuk didapatkan. Apa pun, Lock Horn bro!!!
ERECTUS

Black Metal Sudah, Grindcore juga sudah, Thrash Metal pun sudah, kini beralih pula kepada Eastern Death Metal, tetapi ini versi VaieHell Eastern Death Metal. Berasal dari wilayah Bintulu, empat orang anak muda membentuk ERECTUS. Ya, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, band ini adalah antara yang terbaik dihasilkan daripada bandar perindustrian, Bintulu. Guitar naga dengan spiked handwrist adalah signature kepada band ini sememangnya penarik wow factor mereka. Memulakan jajahan dengan lagu The Ancient Throne ov Metal, susuk susuk metal di hadapan pentas berasak asak kehadapan headbanging seolah olah kerasukan, ditambah dengan saqang (santau) memenuhi ruang halwa telinga mat-mat metal pada hari terebut. Saya ingin mendapatkan view menarik pun terkepung membuatkan saya terpaksa kebelakang untuk mendapatkan angle yang menarik untuk snap satu dua gambar. Berhantu juga ERECTUS ni. Kabus buatan memenuhi ruang pentas membuatkan prop yang agak menarik dan bersesuaian dengan mood death metal. Bisikan guitar saudara Sallem sememangnya berhantu dan melodic. Ini Sallem Baie ya bukan Sallem Iklim, ingat tu. Acara diteruskan lagi dengan karya sendiri daripada split bersama CURSE OV GOD iaitu Komander Teragung, kali ini ruang hadapan sudah sesak, ditambah pula dengan lagu terakhir, sebuah cover daripada Amon Amarth – The Pursuit of Viking membuatkan saya bersama crowd yang gila sing along bersama. Kelihatan Saudara Abin bersama saudara Dedek tengah bermadu mesra, kompom main loloii. Apa pun, all haillll ERECTUS!!!!!

KEBES


Tepat pada jam 5:24 petang, KEBES menjadi band penutup acara. Sebuah band berasal dari Kuching ini mempunyai 2 rilisan iaitu demo Town of Darkness pada tahun 2013 & Mati pada tahun lepas. KEBES membawa maksud mati di dalam bahasa ibunda Bidayuh Bi Sadong,  menutup tirai dengan lagu pembukaan Black Metal ist Krieg dari Nargaroth.  Tiba tiba sahaja audience bagaikan hysteria seolah olah terbuka segala lubang neraka. Wow, hebat aura band ini. Mereka ini sudah menjadi bualan pemuda pemuda berkiblatkan Black Metal di Sarawak. Tidak cukup dengan itu, sebuah lagu cover dari Mayhem – Necrolust menjadi juadah hidangan buat peminat mereka. Kini, kepulan asap dried ice memenuhi venue sehingga ahli ahli band KEBES kelihatan seperti bunian, ditambah effect corpse paint mereka, fuhh what a chilling effect. Mereka terus menerus memukau dengan lagu sendiri dari demo kedua mereka iaitu mati, kini saya headbanging dihadapan kerana sudah ada ruang kosong berdekatan dengan monitor amp, ditambah pula dengan cover dari The Meads of Asphodel iaitu lagu Blood Blasted Holy War. Nampaknya semakin berasak asak peminat sehingga kehadapan, ada yang naik ke atas pentas untuk headbanging. Kegilaan diteruskan dengan satu lagi cover iaitu lagu War oleh Burzum. Mereka akhiri dengan lagu sendiri iaitu Town ov Darkness sebelum mendapat tepukan gemuruh daripada crowd yang menghargai persembahan dan kehadiran KEBES. Ternyata terpancar kepuasan di kalangan Sibu Metal Heads kali ini. Well done, KEBESSS!!

Secara keseluruhan, inilah gig terbaik untuk tahun ini. Agak sayang kerana UNHOLY SIN tidak dapat beraksi namun kelolaan yang mantap daripada saudara Zaidell Zaini yang mana, mendapat jolokan the Godfather ov Metal dikalangan teman beliau kerana kesanggupn dan kecekapan penganjuran siri –siri gig yang sukses setakat ini, dan juga kepada crew-crew yag terlibat di atas komitmen yang 100% evil 666!!!! Pemilihan venue yang bersesuaian dan juga sound management yang mantap, tiada cacat celanya. Tahniah kepada band-band yang beraksi, dan juga metal heads yang hadir sekalian. Diharap kita akan bertemu lagi di siri-siri gig metal tempatan yang akan datang. Khas kepada saudara Yon dari KAFARAH, sikap anda berdiri dan banging di hadapan pentas daripada 1st band hingga ke band terakhir adalah terbaik, anda adalah individu terbaik dan patut mendapat banger contoh pada hari itu, salute brothaaa!!! Akhir sekali, keep supporting local acts and local products, fuck off to haters and say “fuck you” to politics. All Hailllll!!!!! OOooohaaaaa…

Yours truly,

LORD BABEH


attached are pictures for your view. Thank you.