DATE |
:
|
28.11.2015
|
TIME
|
:
|
1:00 p.m. – 6:00 p.m.
|
VENUE
|
:
|
KTV APOLLO, Sibu, Sarawak
|
ORANISED BY
|
:
|
MUKAH METAL LEGIONS
|
Panassss!!!! Terbaikk!!!! All Hailll everybody. Bertemu
sekali lagi kita di dalam siri kali ini. Ruangan kali ini adalah untuk kupasan SARAWAK BLACK DEATH FEST 2015 yang
telah dianjurkan di APOLLO KTV, Sibu
anjuran MUKAH METAL LEGIONS dan
disokong oleh label GOWHYTOWN & SIBU EXTREME MUSIC. Acara ini adalah
kemuncak bagi penggemar mat-mat metal satu Sarawak khususnya di Sibu kerana
sudah lama peminat peminat setia headbanger dahagakan aura hitam seperti acara
sebegini.
Pada 27.11.2015 tepat pada jam 4:00
pagi, saya bersama saudara Brad Matt
& ahli2 band KEBES bertolak dari
Kuching menuju ke Sibu dan sampai di
destinasi pada jam lebih kurang 1:15 petang, terus check in di Capital 99 Hotel
tidak jauh dari venue.
Hari gig 28.11.2015
Saya bergerak ke venue pada jam
lebih kurang pukul 1:30 petang selepas kesukaran mencari tempat parkir, saya
disambut oleh saudara Adi Herman kebetulan menjadi vendor di venue pada hari
tersebut, bersama teman2 se metal yang lain nya, lalu merembat beberapa patches
lelongan GATOR, juga menjadi vendor pada hari tersebut. Di situ saya sempat
berbual sekejap bersama frontman band death metal dari Daro jajahan wilayah Unholy Triangle iaitu UNHOLY SIN, iaitu saudara Kumar, yang
mana beliau memaklumkan band terpaksa menarik diri di saat akhir kerana ada
ralat kematian ahli keluarga guitarist band tersebut, salam takziah saya
ucapkan. Ini baru contoh otai terbaikk!! Beliau agak frust namun datang untuk
memberi support pada hari tersebut. Saya masuk ke venue, pintu dikawal ketat
oleh ahli ahli dari Sibu Extreme Music, lalu diseru oleh saudara Dellz untuk
masuk ke venue kerana acara akan bermula sebentar sahaja lagi.
TULAH
Acara digelapkan dengan kemasukan
band TULAH dari Tabuan Dayak, Kuching. Dibarisi Goatz, Bazard & HellStorm,
mereka adalah sebuah band yang bertunjangkan pure Black Metal, sebuah band yang
baru sahaja ditubuhkan dan tidak pernah mendapat jemputan untuk beraksi di mana
mana sirkit gig di Sarawak. Mana Dellz
jumpa ini band aku pun tidak tau. Setlist mereka dimulakan dengan hymn sendiri
iaitu Darkness Is Thy Light, mat –mat
metal yang dari tadi menunggu seolah olah kelaparan meluru ke depan headbanging dengan hymn yang terhidang.
Walaupun hanya 3 piece band, agak tight juga persembahan mereka, bunyi sedap
dan sekata. Ini baru pure evil. Acara
mereka diteruskan dengan lagu sendiri iaitu Cursed
ov the Damned, di dalam bahasa ibunda bermaksud tulah, juga hymn nukilan
sendiri mereka. Growl dari Goatz amat menyeramkan menghidupkan suasana pada hari
tersebut. Ditambah dengan set seterusnya juga hymn sendiri iaitu Thy Glory of Satan. Mat mat metal terus
asyik menghayunkan kepala, maklumlah, sudah lama tidak ada acara seperti ini di
Sibu. Persembahan pengakhiran TULAH diteruskan dengan sebuah cover dari Bathory
iaitu Satan My Master. Overall memang mantap band ini, 3 piece sahaja mampu
menjana total darkness sebagai mukadimah acara. Hebat, wa tabik lu orang bro,
diharapkan mereka mengeluarkan sesuatu material di masa akan datang. Keep it up, satan!!
DEADLY EPIDEMIC
Seterusnya, DEADLY EPIDEMIC diseru ke pentas untuk beraksi. Ini adalah
muka-muka baru yang diketengahkan oleh saudara Dellz untuk menyambung tradisi
pahlawan - pahlawan metal di Sarawak, band ini berasal dari Song, Kapit dan
mempunyai ahli-ahli yang muda, ya ini adalah new blood in the scene ready to take over the world when maturity
strikes. Saya pada mulanya menganggap mereka adalah sebuah band metalcore, tetapi jangkaan saya silap. Ini
adalah reawakening untuk Death Metal. Mereka terus mengganas
dengan lagu pertama iaitu sebuah cover dari Intestine
Baalism dengan lagu Blasphemy Ressurected.
Growl saudara Donovan selaku frontman agak cocok dengan lagu lagu sebegini.
Para penonton yang tadinya agak pessimist
mula mengangguk kepala tanda respect. Drummer masih muda & molek tetapi mempunyai
pukulan dan stroke yang confident. Ternyata
band ini sudah bersedia dengan acara ini. Mereka meneruskan lagi dengan lagu cover
dari Sepultura iaitu Embrionic Cell, penonton mula membanjiri
bahagian hadapan pentas untuk banging dan moshing. Lagu lagu cover dari Evocation – Razored to the Bone &
Terrorizer – Fear of Napalm menjadi penutup untuk acara mereka pada hari
tersebut. Amat bagus juga persembahan mereka untuk pertama kali beraksi di
pentas sebegini. Saranan saya agar mereka mengeluarkan sesuatu material sendiri
dan lebih original, sejujurnya mereka boleh pergi jauh, mungkin sesuai dengan
konsep melo death metal, itu pandangan peribadi saya. Apa pun bravo DEADLY EPIDEMIC!!
NERAIZZ
Next, from Kuching with Grind, ini lah Napalm Death Sarawak, tidak keterlaluan kalau saya membuat
perbandingan, band NERAIZZ adalah
sebuah surviving band grindcore di
Sarawak selepas era Vormit, mereka
adalah kesinambungan grind band yang ada. Ini kali kedua saya menyaksikan
mereka beraksi selepas Mukah Metal
Legions II pada Februari, 2015 yang lepas, ternyata mereka tidak mengecewakan. Pada saya
mereka adalah Nuclear Energy. Berasal
dari Kuching, Sarawak, mereka memulakan amukan dengan lagu-lagu sendiri seperti Sawan, Stink Kill, Shoot to Kill.
Scream dari saudara Abib ditambah dengan tenaga padu dari saudara Hatta menghangatkan suasana, seolah olah menyaksikan Barney Greenway bersama rakan rakan di
atas pentas, bezanya frontman mereka ini agak cute dan jambu wkakakakakakaka. Blast Beast berdentum tidak putus putus
dari saudara Harry Grindhead memenuhi ruang
yang ada di dalam venue pada hari tersebut. Anak- anak muda banging bersama
mereka, ditambah dengan Murder intent,
Fuck the extreme, Kill to kill semuanya nukilan sendiri dipersembahkan
dengan brutal & no mercy. Saya
agak terpukau juga dengan solo dari saudara Hatta, ternyata pengalaman beraksi
sebelum ini memberi kelebihan kepada mereka. Mereka akhiri dengan lagu cover
dari Napalm Death – Scum dan Sepultura - Troop of Doom membuatkan
penonton memenuhi pentas banging & sing along bersama mereka. Fuhh, sukses!! hebat
band ini, diharap mereka juga segera mengeluarkan material untuk santapan
peminat-peminat yang ada. This is the new
GrindMaster, hail NERAIZZ!! Semoga
bertemu lagi di sirkit yang akan datang.
DIRE CROWN
Dari grindcore, kini gelanggang beralih kepada aliran Thrash Metal. DIRE CROWN, sebuah band dari Miri diseru untuk menggelapkan pentas SARAWAK BLACK DEATH FEST 2015. Sejujurnya
saya tidak pernah dengar tentang band ini kerana irama metal yang sebegini
kebanyakkan dipelopori oleh metalheads dari Sibu & Kuching, tetapi tidak
pernah kedengaran dari bahagian Miri. Ini adalah penyertaan sulung untuk band underground dari Miri
berkonsepkan Death/Thrash Metal, tetapi kedengaran lebih terarah kapada thrash metal. Mereka telah pun mengeluarkan self-titled
E.P. sulung mereka pada Oktober 2014 yang lepas. Diketuai oleh saudara Manfred selaku bassist band, mereka
memulakan dengan lagu dari E.P.
mereka iaitu REVENGE. Mat-mat metal
jenuh melayan lagu mereka sambil mengangguk kepala, yang mana pada saya, lebih
kepada Metallica + Cromok ataupun NEVERMORE bercorak 80’s thrash metal. Seterusnya mereka meneruskan dengan serangan lagu
yang agak speed iaitu ARCED HERESY. Penonton yang dari tadi
cuba untuk memahami nampaknya sudah menghayunkan kepala melayan thrash beat mereka sesekali shredding daripada saudara Rudy memukau penonton di hadapan pentas.
Riff-riff yang menarik menjadi
kelebihan kepada band ini. Lagu ketiga berjudul (RED)VOLUTION II dipersembahkan kepada peminat thrash metal yang sudah mula mengikut
rentak banging bersama lagu mereka. Akhir sekali, lagu cover CREEPING DEATH dari Metallica dimainkan untuk peminat sebagai mengakhiri persembahan
mereka. Kelihatan mereka yang di luar menerjah kehadapan pentas untuk headbanging dan sing along bersama mereka sambil membuat tumbukan udara. Nampaknya mereka ini sudah pernah
beraksi sebelum ini namun tidak pernah kelihatan menghiasi flyer – flyer gig.
Diharap mereka mendapat jemputan untuk acara seumpama ini di gig-gig yang akan datang.
Syabas DIRE CROWN, see you again soon.
KAFAN OV AZAZIL
KAFAN OV AZAZIL kini bersedia untuk menjajah pentas. Sinar kegelapan
kini kembali. Dibarisi 4 orang perwira dan seorang srikandi neraka bersedia
untuk memukau para hadirin. Ritual
dimulakan dengan lagu sendiri daripada material mereka iaitu Morloc. Acara diteruskan lagi dengan hell is here juga nukilan sendiri. Apa
yang saya suka dengan band ini adalah, mereka bijak mengawal sound instrument mereka yang tidak
begitu bingit, semuanya sedap didengar, memang pure evil. Diketuai oleh tulang belakang band ini iaitu saudara Didii menggamatkan venue dengan lagu
cover dari Old Man’s Child iaitu Demoniacal Possession. Peminat-peminat black metal membanjiri pentas
headbanging ditambah asap dried ice daripada fog machine
menyuramkan suasana venue. Lagu Judgment Day menjadi persembahan ke 3
mereka sebelum sebuah lagu cover the
Phantom of the Opera menjadi penutup kepada kegilaan K.O.A pada petang itu. Ternyata, mereka amat berbaloi untuk dibawa ke
Sibu untuk siri gig kali ini, kerana mendapat reception yang baik daripada metalheads tempatan. Sila dapatkan E.P. mereka kerana ianya sesuatu yang berbaloi untuk didapatkan. Apa pun, Lock Horn bro!!!
ERECTUS
Black Metal Sudah, Grindcore
juga sudah, Thrash Metal pun sudah,
kini beralih pula kepada Eastern Death
Metal, tetapi ini versi VaieHell
Eastern Death Metal. Berasal dari wilayah Bintulu, empat orang anak muda
membentuk ERECTUS. Ya, sememangnya
tidak perlu diperkenalkan lagi, band ini adalah antara yang terbaik dihasilkan
daripada bandar perindustrian, Bintulu. Guitar naga dengan spiked handwrist adalah signature
kepada band ini sememangnya penarik wow
factor mereka. Memulakan jajahan dengan lagu The Ancient Throne ov Metal, susuk susuk metal di hadapan pentas
berasak asak kehadapan headbanging seolah olah kerasukan, ditambah dengan saqang (santau) memenuhi ruang halwa
telinga mat-mat metal pada hari terebut. Saya ingin mendapatkan view menarik
pun terkepung membuatkan saya terpaksa kebelakang untuk mendapatkan angle yang menarik untuk snap satu dua
gambar. Berhantu juga ERECTUS ni.
Kabus buatan memenuhi ruang pentas membuatkan prop yang agak menarik dan
bersesuaian dengan mood death metal. Bisikan guitar saudara Sallem sememangnya
berhantu dan melodic. Ini Sallem Baie ya bukan Sallem Iklim, ingat tu. Acara
diteruskan lagi dengan karya sendiri daripada split bersama CURSE OV GOD iaitu
Komander Teragung, kali ini ruang hadapan sudah sesak, ditambah pula dengan
lagu terakhir, sebuah cover daripada Amon Amarth – The Pursuit of Viking
membuatkan saya bersama crowd yang
gila sing along bersama. Kelihatan
Saudara Abin bersama saudara Dedek tengah bermadu mesra, kompom main loloii.
Apa pun, all haillll ERECTUS!!!!!
KEBES
Tepat pada jam 5:24 petang, KEBES menjadi band penutup acara. Sebuah
band berasal dari Kuching ini mempunyai 2 rilisan iaitu demo Town of Darkness pada tahun 2013 & Mati pada tahun lepas. KEBES membawa
maksud mati di dalam bahasa ibunda Bidayuh Bi Sadong, menutup tirai dengan lagu pembukaan Black Metal ist Krieg dari Nargaroth. Tiba tiba sahaja audience bagaikan hysteria seolah
olah terbuka segala lubang neraka. Wow, hebat aura band ini. Mereka ini sudah
menjadi bualan pemuda pemuda berkiblatkan Black
Metal di Sarawak. Tidak cukup dengan itu, sebuah lagu cover dari Mayhem – Necrolust menjadi juadah
hidangan buat peminat mereka. Kini, kepulan asap dried ice memenuhi venue
sehingga ahli ahli band KEBES
kelihatan seperti bunian, ditambah effect
corpse paint mereka, fuhh what a
chilling effect. Mereka terus menerus memukau dengan lagu sendiri dari demo
kedua mereka iaitu mati, kini saya
headbanging dihadapan kerana sudah ada ruang kosong berdekatan dengan monitor
amp, ditambah pula dengan cover dari The
Meads of Asphodel iaitu lagu Blood
Blasted Holy War. Nampaknya semakin berasak asak peminat sehingga
kehadapan, ada yang naik ke atas pentas untuk headbanging. Kegilaan diteruskan
dengan satu lagi cover iaitu lagu War
oleh Burzum. Mereka akhiri dengan
lagu sendiri iaitu Town ov Darkness
sebelum mendapat tepukan gemuruh daripada crowd yang menghargai persembahan dan
kehadiran KEBES. Ternyata terpancar
kepuasan di kalangan Sibu Metal Heads
kali ini. Well done, KEBESSS!!
Secara keseluruhan, inilah gig
terbaik untuk tahun ini. Agak sayang kerana UNHOLY
SIN tidak dapat beraksi namun kelolaan yang mantap daripada saudara Zaidell Zaini yang mana, mendapat
jolokan the Godfather ov Metal
dikalangan teman beliau kerana kesanggupn dan kecekapan penganjuran siri –siri gig
yang sukses setakat ini, dan juga kepada crew-crew yag terlibat di atas
komitmen yang 100% evil 666!!!! Pemilihan venue yang bersesuaian dan juga sound management yang mantap, tiada cacat celanya. Tahniah kepada
band-band yang beraksi, dan juga metal
heads yang hadir sekalian. Diharap kita akan bertemu lagi di siri-siri gig
metal tempatan yang akan datang. Khas kepada saudara Yon dari KAFARAH, sikap anda berdiri dan banging di hadapan pentas daripada 1st band hingga ke band terakhir adalah terbaik, anda adalah individu terbaik dan patut mendapat banger contoh pada hari itu, salute brothaaa!!! Akhir sekali, keep supporting local acts and local products, fuck off to haters and say “fuck you” to politics. All Hailllll!!!!! OOooohaaaaa…
Yours truly,
LORD
BABEH
attached are pictures for your view. Thank you.